PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN DAN KELULUSAN LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
Permohonan lesen/permit di bawah Akta Racun 1952 telah boleh dimohon melalui sistem My.Pharma-C 2.0 bermula 11 April 2025. Walau bagaimanapun, bayaran fi masih perlu dikemukakan menggunakan bank draf/ money order kerana terdapat isu teknikal urusan bayaran secara dalam talian dengan pihak bank. Maklumat lanjut berkaitan perkara ini boleh didapati dengan mengimbas QR CODE yang dipaparkan.
PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN DAN KELULUSAN LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
Salam Tuan/Puan,
1. |
Sistem My.Pharma-C 2.0 telah dibuka bermula 11 April 2025 untuk penghantaran, pemprosesan serta penilaian dan kelulusan permohonan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952 berbanding perancangan awal kerana terdapat isu teknikal urusan bayaran secara dalam talian dengan pihak bank. |
||
2. |
Sistem My.Pharma-C 2.0 telah mula beroperasi secara berfasa seperti berikut: |
||
i. |
17 Mac 2025 |
Sistem dibuka kepada pengguna luaran iaitu pemohon lesen/permit untuk melakukan pendaftaran pengguna dan pengaktifan akaun. |
|
ii. |
11 April 2025 |
Sistem mula dibuka untuk penghantaran, pemprosesan serta penilaian dan kelulusan permohonan lesen/ permit secara dalam talian. Manakala bayaran fi masih perlu dikemukakan menggunakan bank draf/ money order/ terminal point of sale (TPOS) bagi permohonan baharu/ pindaan/ pembaharuan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bank draf/ money order adalah atas nama: “PENGARAH KESIHATAN NEGERI…………..” (Masukkan nama negeri di mana permohonan diproses). Bayaran fi adalah seperti berikut:
Senarai alamat pejabat CPF Negeri boleh dirujuk melalui pautan ini https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/bahagian-perkhidmatan-farmasi-negeri.html Manakala sekiranya pemohon ingin membuat bayaran fi melalui TPOS, pemohon boleh menghubungi pejabat CPF Negeri yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lokasi TPOS. Senarai nombor telefon pejabat CPF Negeri boleh dirujuk melalui pautan ini https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/bahagian-perkhidmatan-farmasi-negeri.html Pelesen/ pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna "Permohonan Baru" yang boleh didapati di portal sistem My.Pharma-C 2.0 untuk cara permohonan lesen/permit melalui sistem. Manakala proses permohonan secara dalam talian yang perlu dibuat oleh pemohon dalam tempoh bayaran fi perlu dikemukakan secara manual adalah seperti di bawah : |
|
|
|||
3. |
Sistem My.Pharma-C 2.0 boleh diakses melalui Portal Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms bermula 17 Mac 2025. |
||
4. |
Sebagai sistem baharu, sistem hanya menerima semua permohonan sebagai permohonan baru sahaja kerana tiada lesen/permit aktif yang telah diproses dan diluluskan melalui sistem ini. |
||
5. |
Permohonan pindaan butiran lesen/permit yang akan dihantar sebagai permohonan baru melalui sistem My.Pharma-C 2.0, akan diproses selepas permohonan pembatalan lesen/permit secara manual diluluskan. Pemohon perlu menghantar permohonan dalam sistem dan muat naik dokumen sokongan tambahan ke dalam sistem seperti di bawah : |
||
i. |
Lesen/permit kuat kuasa tahun 2025 sedia ada; dan |
||
ii. |
Bukti pembatalan lesen/permit |
||
6. |
Mohon perhatian tuan/puan, tarikh akhir penerimaan permohonan lesen/permit yang akan diproses secara manual telah dilanjutkan kepada 18 April 2025. Permohonan secara manual yang sampai/ diterima di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) negeri selepas 18 April 2025 akan ditolak dan pemohon perlu membuat permohonan semula secara dalam talian menggunakan sistem My.Pharma-C 2.0 (kecuali untuk permohonan pembatalan dan permohonan pindaan syarat lesen seperti jadual di para 7). |
||
7. |
Bermula 11 April 2025, proses permohonan lesen/permit di bawah Akta Racun 1952 adalah seperti di bawah : |
||
PERMOHONAN SECARA MANUAL |
|||
i. |
Permohonan pembatalan untuk lesen/permit 2025 yang dikeluarkan secara manual |
||
ii. |
Permohonan pindaan syarat lesen 2025 yang dikeluarkan secara manual (seperti pindaan pengedar/pemborong berlesen/senarai cawangan untuk pengedaran bahan terkawal) |
||
PERMOHONAN MELALUI SISTEM MY.PHARMA-C 2.0 |
|||
i. |
Semua permohonan lesen/permit yang dibuat mulai 7 April 2025 baru. |
||
ii. |
Permohonan pindaan pembatalan dan pembaharuan lesen/ permit 2025 bagu lesen/permit yang telah diluluskan melalui system. |
||
8. |
Sebarang pertanyaan berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0 boleh di e-mel kepada meja bantuan sistem ini di support.mypharmac@moh.gov.my |
||
9. |
Sekiranya pelesen perlu membatalkan lesen/permit yang dikeluarkan secara manual sebelum ini, permohonan pembatalan menggunakan borang manual (https://pharmacy.moh.gov.my/ms/dokumen/borang-permohonan-pembatalan-lesen-permit.html) dan dihantar/ di e-melkan kepada pejabat CPF negeri yang mengeluarkan lesen/permit tersebut. Senarai alamat pejabat dan nombor telefon CPF Negeri boleh dirujuk melalui pautan ini https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/bahagian-perkhidmatan-farmasi-negeri.html |
||
10. |
Tuan/puan diminta untuk sentiasa merujuk ke laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms untuk pengumuman berikutnya berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0. |
||
Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai. |
|||
Sekian, terima kasih. |
|||
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi |
|||